Ahad, Disember 14, 2014

Ini satu lagi berita yang agak menggemparkan. Kenapa agaknya ramai selebriti dari Media Prima dikatakan bakal meninggalkan syarikat gergasi penyiaran itu dalam masa terdekat?

Jika sebelum ini, kita ada dengar cerita mengatakan yang syarikat BERNAMA mengalami masalah kewangan sehingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja mereka.

Adakah ianya sudah menjadi satu 'sindrom baru' dalam dunia penyiaran pada hari ini? Kenapa tiba - tiba pihak penyiaran berkenaan mengalami masalah sedemikian rupa?

Itu persoalan yang timbul apabila membaca artikel yang dikeluarkan melalui laman portal Antarapos semalam. Katanya, pihak Media Prima turut menyediakan "Skim Perpisahan".
PETALING JAYA: Ratusan staf syarikat kumpulan media terbesar di Malaysia, Media Prima Bhd akan meninggalkan syarikat tersebut minggu depan melalui satu skim perpisahan.

Antaranya adalah ketua redaksi berita mandarin NTV7 dan 8TV, Tan Chin Tuan; editor eksekutif hal ehwal semasa bahasa Mandarin, Tan Boon Kooi; serta seorang lagi editor eksekutif, Tham Chooi Foong, menurut sumber.

Ketiga-tiganya merupakan pemimpin utama di bahagian berita dan hal-ehwal semasa bahasa Mandarin di ntv7 dan 8TV.

Seorang pembaca berita NTV7, Melissa Ong dalam tulisan di Facebook turut mengesahkan bahawa permohonannya untuk mengambil skim tersebut diluluskan oleh Media Prima.

Para kakitangan yang mengambil skim tersebut akan menamatkan khidmat mereka pada hari Isnin, menurut sumber. - lapor Antarapos
Itu baru cerita pasal Media Prima. Belum lagi diceritakan pasal sebuah syarikat akhbar tempatan yang turut dikatakan telah di 'Bailout' untuk menghadapi krisis kewangan mereka.

Maka amat perlu bagi pihak berkenaan untuk menjelaskan isu tersebut sebelum ianya menjadi satu isu hangat yang menjadi bahan perbualan dikalangan rakyat diperingkat bawahan sehingga menimbulkan kekeliruan!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping