Rabu, Januari 28, 2015

Dan maka benarlah apa yang telah kita perkatakan sebelum ini bahawa kewujudan Si Ketua Penipu tu dalam kancah Politik di Malaysia hari ini sudah tidak lagi relevan dengan arus semasa.

Apa yang pasti, kehadiran serta penglibatan Si Ketua Penipu dalam Politik sudah lagi tidak diperlukan dan dia kini terus dipinggirkan dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri.

Takde siapa pun yang peduli dengan nasib yang bakal menimpa dia menjelang 10 Februari nanti. Sama ada di ke penjara atau pun tidak, itu bukan isu besar yang perlu diberikan perhatian.

Malah sejak akhir - akhir ni pun Si Ketua Penipu tu tidak dilibatkan dalam beberapa isu berhubung Pakatan Haramjadah tu. Takde sapa pun yang datang meminta dia selesaikan masalah DAPigs dan PAS.

Hakikatnya, semua orang pun dah semakin muak dengan agenda Politik "Anwar Centric" yang dijaja selama hari ini. Politik tidak sewajarnya berpaksi pada dia sorang je sebagai individu.

Dan atas sebab itulah juga Si Pak Mus ni keluarkan kenyataan senada dengan apa yang telah kita sebutkan sebelum ini (Klik Sini). Ternyata apa yang kita katakan itu ada kebenarannya.

Bagi Pak Mus, sama ada Si Ketua Penipu tu bakal meringkuk dalam penjara sekali pun, ianya tidak akan memberikan sebarang masalah kepada mereka, terutama dari PAS sendiri.

Kata Pak Mus, hubungan kerjasama (Tahaluf Siyasi) yang dibuat selama hari ini diantara PAS, PKR dan DAPigs dalam Pakatan tidak melibatkan individu, sebaliknya menumpukan kepada parti.
"Anwar tak ada, Kak Wan (Wan Azizah) ada, Azmin ada. Itu pimpinan dia (PKR), presiden, timbalan. Kita kerjasama dengan parti bukan dengan orang. Tak ada tu pun (Anwar) tak ada masalah. Waktu kita tubuhkan Barisan Alternatif dulu pun Anwar di dalam (penjara). 
"Tapi masih berjalan. Kak Wan pengerusikan mesyuarat dan masa itu arwah (bekas presiden PAS) Ustaz Fadzil (Noor) pun ada," katanya.
Yang lebih menyedihkan ialah apabila Si Pak Mus tu kata, Pakatan akan bertambah lebih kuat selepas ini jika Si Ketua Penipu tu dihumban ke dalam penjara. Kenyataan itu jelas cukup memedihkan.

Jadi kesimpulannya, tak perlu la Si Ketua Penipu tu bangga sangat jika dia rasa yakin yang dia akan terlepas dari hukuman penjara akibat nafsu serakahnya sendiri. Sebaliknya dia perlu sedar, sekarang ni pun dia dah terpenjara dalam agenda peribadi dia sendiri!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping