Selasa, Mac 24, 2015

Nampak gayanya, keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PKR terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud PAS sebelum ini telah memakan diri mereka sendiri secara terang - terangan.

Kali ini, ianya melibatkan Naib Presiden parti tersebut yang juga merupakan anak sulung kepada Si Ketua Penipu tu menjadi mangsa serangan terbaru didalam laman Instagram (IG) miliknya.

Diatas gambar yang menyindir anggota FRU dengan status 'Police State. Malaysia 2015' itu membuatkan Si Nurul Izzah tu terbuka kepada serangan puak - puak yang menyokong perlaksanaan Hukum Hudud.

Ianya bermula apabila salah seorang dari pengikut dilaman Instagram Si Nurul Izzah, @mfarhanazhari membangkitkan persoalan dengan menggunakan hastag #KenapaPKRtolakHUDUD.

Kemudian diikuti pula dengan komen dari @luthfimy dengan komen "Tak buat salah takkan jadi masalah" yang merujuk kembali kepada gambar asal yang dimuatnaikkan oleh Si Nurul Izzah tu.

Manakala seorang lagi pengikut dilaman tersebut pula memberikan komen secara panjang lebar mengenai perlaksanaan Hukum Hudud tersebut:
@wadyzamree - "Laksana hudud dulu..InsyaAllah semuanya akan slesai...sbb xlaksanakan hudud lah pelbagai maslah yg berlaku dlm negara,masalah ekonomi,mslah sosial dan mcm2 lggg...smua itu bala Allah..."
Komen tersebut tidak hanya terhenti disitu sahaja. Malah Si Nurul Izzah tu juga turut dihujani dengan komen - komen lain yang jelas mempertikaikan tindakan yang telah dilakukannya.
@haririnawawi - "Sesebuah negara yang ekonomi nya bagus ialah dengan melaksanakan sistem ekonomi islam iaitu sistem hudud."
@a_nazran - "Org jahil akan berkata sekrg tk sesuai utk laksana hudud sebab itu dan ini.. Hudud Allah suruh laksanakan 1400 yg lalu bro, nak tunggu kiamat ke der?"
Namun, ada juga dikalangan pengikut - pengikut Si Nurul Izzah tu cuba nak membela sambil menyindir komen - komen yang telah diberikan diatas dengan gelaran 'Mufti' terhadap mereka.

Malangnya, kritikan itu juga turut dibidas dengan peringatan bahawa mereka bukannya 'Mufti'. Tapi sebaliknya mereka mengingatkan tentang kewajipan sebagai seorang Islam untuk menyokong Hudud.
@azhan46abdullah - "bukan ramai mufti tp org yg sygkam Allah swt ... bro nafas awk pun Allah swt bg xkn la manusia bg. kn"
Maka kesimpulannya, keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PKR sebelum ini jelas hanya mengundang padah bagi diri mereka sendiri sehingga ada dikalangan pengikut - pengikut sendiri pun tampil mempertikaikannya. Itu membuktikan yang diorang ni bukan la bijak sangat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping