Isnin, Mac 30, 2015

Himpunan #KitaLawan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini berjalan dalam keadaan hambar tanpa kelibat pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Parti itu cuba meletakkan punca kehambaran itu pada pihak berkuasa yang bertindak menahan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, beberapa jam sebelum himpunan itu bermula.

Antara yang ditahan adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan aktivis mesra pembangkang, Hishamuddin Rais.

Namun yang menjadi persoalan adalah pemimpin-pemimpin lantang yang masih bebas tidak pula dilihat turut serta menyertai himpunan itu yang diadakan baru - baru ini.

Tiada kelibat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, begitu juga dengan susuk tubuh pemimpin pemimpin DAP, Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang.

Bahkan, kehadiran dari kalangan ahli keluarga Si Ketua Penipu tu juga tidak kelihatan sedangkan sebelum ini, anak keduanya dikatakan menjadi ketua bagi kempen tersebut.

Apatah lagi kehadiran pemimpin kanan PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Mustafa Ali, Suhaizan Kayat dan lain-lain. Jika sebelum ini DAP beralasan pemimpinnya diarahkan untuk fokus kepada program melibatkan warga emas yang sudah diatur justeru tidak dapat menghadiri himpunan itu.

Kali ini DAP secara terus terang memberitahu partinya tidak terlibat dengan program itu meskipun himpunan itu memperjuangkan isu pembebasan Ketua Pembankang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu pelaksanaan cukai GST.

Sementara PAS pula sebelum ini mendakwa himpunan #KitaLawan adalah program AMK dan parti Islam itu tidak terlibat. Himpunan #KitaLawan hari ini adalah yang kedua selepas program yang sama diadakan pada 7 Mac lalu.

Namun kehadiran peserta pada himpunan kali ini adalah satu yang memalukan apabila jumlah penyertaannya tidak sampai 500 orang pun. Manakala Himpunan awal Mac yang lalu berlangsung dalam keadaan hujan renyai itu akhirnya tamat tanpa apa-apa kejayaan yang dikecap penganjur.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. lokap dulu sebelum demo ada kesannya..bukan selepas demo baru ditahan..si anak peliwat tu tak join takut sama2 masuk lokap..bagi puak2 makhluk perosak tu serik dengan kerja2 bodoh dia orang...

    BalasPadam
  2. Rakyat lantik hampa bukan untuk kesenangan dan kekayaan temolok hampa.

    BalasPadam
  3. menteri kdn baru nampak....mencegah sebelum berlaku adalah lebih baik dari bertindak selepas kacau bilau....tahniah Tan Sri IGP...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping