Sabtu, April 25, 2015

Ironik kan puak - puak PAS ni ek? Kalau kita kata diorang ni MUNAFIK, marah pulak Macai diorang nanti. Takut ada pulak yang sampai tahap bergulingt - guling atas jalan raya dibuatnya.

Jika sebelum ini, puas rakyat mempersoalkan kenapa puak - puak PAS tu tidak menjadikan isu perlaksanaan Hukum Hudud sebagai salah satu bahan utama untuk diorang berkempen?

Sebaliknya, diorang memilih isu berkaitan dengan perlaksanaan dasar yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional pulak untuk menutup isu perlaksanaan Hukum Hudud mereka di Kelantan.

Dikala UMNO Barisan Nasional sibuk nak menjelaskan isu mengenai perlaksanaan GST sepanjang kempen PRK Parlimen Rompin ni, kenapa PAS tak ambik peluang yang sama untuk terangkan pasal Hukum Hudud?

Kenapa diorang sebaliknya sehabis boleh nak sembunyikan isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud tu dibangkitkan dalam ceramah - ceramah yang dianjurkan sepanjang tempoh kempen?

Persoalan itu mula menjadi tanda tanya dikalangan rakyat sekitar kawasan Rompin ni. Diorang pun nak tau jugak apa intipati yang terkandung dalam isu perlaksanaan Hukum Hudud tu sendiri.

Malah diorang nak jugak penjelasan mengenai kenapa isu perlaksanaan Hukum Hudud itu menjadi satu isu yang besar sehingga membuatkan puak - puak Kafir Harbi DAPigs dan Liberalis PKR tu menolaknya.

Bahkan, rakyat di Parlimen Rompin ni nak tau, kenapa isu perlaksanaan Hukum Hudud tu membangkitkan kemarahan PAS Kawasan Permatang Pauh sampai tahap diorang buat ugutan terhadap PKR.

Semua tu perlu dijelaskan oleh PAS sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni. Ianya menjadi satu medan terbaik untuk PAS menjelaskan kepada rakyat mengenai isu perlaksanaan Hukum Hudud tu.
Buat ceramah pun dalam gelap.
Nak buat penerangan menda kejadahnya!!!
Tapi, jika dilihat dari beberapa siri ceramah yang dianjurkan setakat hari ini, diorang tak sentuh lansung isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud tu. Seolah - olah isu Hudud tu HARAM untuk diperkatakan.

Jadi, bagaimana mungkin puak - puak PAS tu boleh buat dakwaan mengatakan yang diorang nak menang di Rompin hanya kerana nak melaksanakan Hukum Hudud? Nampak sangat tak masuk akalnya!!!

Apa yang jelas, tindakan PAS yang TAKUT nak becerita pasal isu perlaksanaan Hukum Hudud tu membuktikan bahawa diorang hanya sekadar menjadikan isu tu sebagai bahan Politik Murahan mereka semata - mata. Bukannya diorang serius nak melaksanakannya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. parti angguk saja kecut kerandut bila kena warning dgn pkr/dapigs....harap janggut dgn serban jer yg gah....kepala otak penuh air banjir....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping