Selasa, Julai 28, 2015

Sejak berlakunya rombakan kabinet yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri awal petang tadi, ramai dikalangan pengguna laman media sosial mula membuat spekulasi mereka masing - masing.

Ada yang menyokong, ada jugak yang mengutuk tindakan YAB Perdana Menteri itu. Macam - macam andaian dan persepsi mereka buat berdasarkan kepada pengamatan Politik mereka sendiri.

Rata - rata mempersoalkan, kenapa baru sekarang YAB Perdana Menteri nak buat rombakan kabinet? Dan kenapa hanya individu tertentu sahaja yang digugurkan dari kabinet tersebut?

Salah satu persoalan yang diajukan ialah 'Kenapa Datuk Seri Shafie Afdal'? Apakah yang telah dilakukan oleh Bekas Menteri Luar Wilayah itu mampu untuk merosakkan reputasi Kerajaan?

Kalau kita lihat, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Shafie Afdal, ternyata dia juga sependapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Masing - masing tetap beristiqomah dalam perjuangan.
"Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan Umno dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan yang sepatutnya,” demikian ujar bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Berkata menerusi kenyataan pada hari ini, jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk merombak kabinet sekiranya perjuangannya tidak selari dengan pendirian pemimpin negara ini.
“Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi. Sekiranya ia dianggap tidak selari dengan pendirian, maka itu adalah hak beliau sebagai perdana menteri untuk membuat rombakan,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dalam satu sidang media mengumumkan barisan Kabinet baharunya yang antara lain menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Shafie turut menegaskan bahawa beliau telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebaik mungkin semasa memegang jawatan Kabinet.
“Sejak memegang jawatan Kabinet, saya telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar,” katanya lagi.
Apa yang pasti Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka berlansung hujung tahun nanti tentu akan menjadi hangat. Nak pecat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet memang prerogatif PM. Tapi jawatan dalam parti masih kekal. Sama - sama kita nantikan!!!
Categories: ,

15 ulasan:

  1. UMNO hanya perlukan orang yang tidak mempunyai prinsip, tidak amanah dan perasuah saja kekal dalamnya. Yang berjuang demi rakyat dan negara akan disingkir keluar. Bodoh punya UMNO. Orang UMNO sendiri yang akan menghancurkan UMNO, tak perlu orang luar pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woii bodoh... Habis tu dlm PAS pakai prinsip apa? prinsip jilat punggung DAPig? prinsip hukum hakam Islam diubah 2ikut suka ularmak2 dlm PASngok?

      PKR? lagi xde prinsip.. hanya d barua boneka DAP laknat terang2. Lihat penang.. TKM PKR hanya jd baruan suruhan Cina kafir.. langsung xmampu membela apa2 hak org Melayu dan Islam

      lu bodoh laa ckp mau suluh diri laa

      Padam
    2. Betul tu bro..ditegur ikut saluran dah bnyk kali.tegur kena buang,setakat Mt dan ketua bhg blh la cover Pm,tp ahli yg bwh2 ni dan rakyat dah meluat dan marah.Ingat rakyat bkn bodoh.Talqin untk Umno.

      Padam
    3. Jgn talkin Umno, nanti bangda Melayu jua yg hancur, pemimpin akan silih berganti, agama bangsa dan negara mesti diutamakan.

      Padam
  2. Ciri-ciri orang yang boleh pegang jawatan dalam UMNO adalah orang yang mempunyai prinsip macam lalang, contoh terbaik tengok saja Zahid Hamidi. Syarat utama mesti pandai membodek, dan kalau ada peluang ambik habuan diberi. Sampai bila Melayu nak maju?

    BalasPadam
  3. Tepat dan benar...x sub umno.

    BalasPadam
  4. Tepat dan benar...x sub umno.

    BalasPadam
  5. Talqin untuk Umno..

    BalasPadam
  6. Bagaimanapun, tindakan kerajaan Australia itu dianggap BTA sebagai melanggar hak mereka di mana harta intelektual (iaitu jenama dan tanda dagangan atau ‘trademark’) mereka seolah-olah dirampas tanpa pampasan. Walaupun tewas di mahkamah Australia, syarikat gergasi itu masih meneruskan kempen untuk menghalang negara lain dari melakukan perkara sama seperti Australia. Dengan menggunakan kes ini sebagai rujukan, Philip Morris International pula memfailkan saman terhadap kerajaan Australia, bukan di mahkamah Australia, tetapi di mahkamah antarabangsa dengan menggunakan mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS). Mekanisma ini membolehkan syarikat antarabangsa mendapatkan pampasan besar dari sesebuah negara yang memperkenalkan undang-undang yang dirasakan merugikan pihaknya. Kes ini masih berjalan. Jadi, jika Malaysia menandatangani TPPA, kita juga mungkin menerima kesan sama seperti Mexico dan Australia. Dasar afirmatif seperti keistimewaan kepada Bumiputera yang diamalkan Malaysia juga boleh dipertikaikan di bawah TPPA. Selain itu, bab pelaburan yang dicadangkan AS juga memberikan pelabur asing hak untuk mencabar negara TPPA yang cuba atau telah memperkenalkan kawalan modal atau peraturan kewangan lain yang tujuannya semata-mata untuk memastikan kestabilan ekonomi kepada negara. Malaysia memperkenalkan kawalan modal selepas kegawatan ekonomi pada 1997 apabila Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari krisis kewangan itu berpunca daripada konspirasi penyangak matawang sehingga hampir meruntuhkan ekonomi negara. Di bawah TPPA, jika kita menandatangani versi yang sedang dirundingkan kini, tidak mungkin kita dapat melindungi ekonomi kita menggunakan cara sama jika ia sekali lagi diserang penyangak mata wang, sekali gus mendedahkan negara kepada manipulasi dunia kewangan yang semakin canggih hari ini. Kebimbangan terhadap perkara ini menyebabkan lebih 100 pakar ekonomi dari sekitar Asia Pasifik dalam surat pada 2012 memberi amaran kepada kerajaan masing-masing mengenai bahaya peruntukan dalam perjanjian itu terutama isu kawalan modal. Dalam bab Perkhidmatan Kewangan di bawah TPPA pula, terdapat kebimbangan yang peruntukannya akan memaksa Malaysia membenarkan kemasukan bank luar tanpa sebarang kekangan. Mengikut kertas kerja Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 2006, kehadiran bank gergasi di negara membangun akan menyebabkan penurunan dalam pinjaman kepada sektor swasta kerana bank besar lebih gemarkan syarikat multinasional dan firma besar daripada memberikan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana. Jadi akhirnya, kehadiran bank asing mempunyai akan memburukkan lagi ketidaksamaan dalam kebajikan rakyat. Bagi MTEM, bab Pelaburan ini tidak perlu ada sama sekali dalam TPPA dan jika ada pun, definisi ‘pelaburan’ itu perlu diperjelaskan, dan perlu terhad kepada sesetengah projek sahaja. Selain itu, TPPA juga tidak patut menentukan peraturan dalam aliran modal di mana-mana negara, dan kita juga perlu dibenarkan menentukan sendiri cara kerajaan melayan pelabur luar dan syarikat domestik. Peruntukan untuk layanan adil dan sama rata juga tidak perlu ada dalam TPPA. Perlu diakui pemain industri dalam negara memerlukan perlindungan kerajaan daripada diratah hidup-hidup oleh firma gergasi antarabangsa yang hanya menunggu masa untuk menerkam kita!

    Perjanjian

    ISDS

    Hakcipta

    Ubat-ubatan

    Peluang Pekerjaan

    Syarikat #www.janganjualnegara.com***mr no women no cry*****

    BalasPadam
  7. Tak pa dia balik Sabah dan bakal jadi Ketua Menteri Sabah nanti. Musa Aman akan pergi Parlimen dan jadi menteri penuh lepas PRU 14...sekarang kerusi Speaker DUN Sabah kan kosong.

    BalasPadam
  8. assalam. sedangkn nabi yg ummi & al amin pun dipanggil al majnun(gila) & ahli sihir...inikan pula najib org biasa...ADA APA2 KESALAHAN DARI SEGI HUKUM ALLAH MAHU PUN UNDANG2 YG ADA?...hanya mereka yg berniat 'TUMBANGKAN UMNO/BN' sahaja yg sukakan perkara ini. Teruskn PM..kata2 PM Najib berbunyi ' INSYAALLAH' itu menyakinkan saya Allah akan bantu PM Najib...Insyaalah! pihak lawan pulak laaaggii hancur! Komunis dok tunggu nak naik atas kepala...berhati2...kembali kepada perintah Allah & rasul ...insyaallah selamat.

    BalasPadam
  9. ramai kaki bodek dapat jawatan,lingkuplah malaysia camni

    BalasPadam
  10. Sedap mulut mu.. Sikit2 bodek, sikit2 bodek.. pe la

    BalasPadam
  11. Muyiddinlah yg tukar cuti dari hari jumaat ke hari ahad.sultan johor dan ulama murka dia dan mahathir tak hirau. Ingat tak.kita lupa tapi Allah tak lupa.Setakat ni
    aku masih sokong Najib kerna dia tak pernah kritik hukum hudud.
    .

    BalasPadam
  12. Talkin untuk UMNO tapi Tong Kang pakatan Haram yang pecah. Dulu satu stadium doa UMNO KO, UMNO KO balik-balik PAS yang porak peranda.

    Jika 100 kali kutuk UMNO dalam blog 99 kali orang yang sama. Cara komunis bergerak melumpuhkan Bangsa Melayu yang bodoh macam Anwar Sabu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping