Selasa, Julai 28, 2015

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Categories:

18 ulasan:

  1. Pelik bin Ajaib. PM yg buat salah, TPM yg kena pecat. Majlis Raja Raja tak buat apa apa.

    Saja tanya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Raja Raja berpelembagaan. No power. Jika Raja Raja ada sedikit kuasa maka kuasa veto boleh digunakan utk kestabilan politik negara.

      Padam
  2. Inilah gentlemen. Tak keluar parti utk tubuh parti baru.... walaupun irg UMNO tapi dia tau.adab.berpolitik....ada kalanya menang ada kalanya kalah...bukan mcm sesetengah org dlm parti Islam konon tapi kalah pemilihan terus keluar jamaah. Tak istiqomah langsung.

    Muhyideen rasa lega kerana kini dia sudah terlepas dari beban yg akan ditanggung dgn hutang negara yg dah tenggelam lemas.... nilai matawang jatuh teruk....

    Tahniah kpd Zahid, yg akn tolong tanggung beban Najib yg menyusahkan rakyat.... kes Altentuya tu belum selesai lagi.... apa lagi yg Allah nak dedahkan kita tunggu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Very gentleman. Setia kpd UMNO but not to d president.

      Padam
  3. Rakyat lbh hormat prinsip tpm yg snggup dgugurkn demi pertahankn kbenaran berbanding imej pm yg smkin buruk yg x sanggup letak jwtn demi prinsip tegak benang basah lenjun

    BalasPadam
  4. Dato' Sri Najib terlupa bagaimana agaknya dia boleh duduk di kerusi empuk sebagai Perdana Menteri tu. Ada jasa TSMY pada dia....

    BalasPadam
  5. Biasa laa tu . Masa Mahathir pun ada 4 timbalan perdana menteri iaitu Musa Hitam , Ghafar Baba , Anwar dan Pak Lah . Tak bising pulak orang masa tu suruh Mahathir letak jawatan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahathir bijak mentadbir, ah jib gor aper yg.dia tau ??!!.. menyamun jer pandai!!!.. ujung ujung rosmah penguin gak yg memgatur..itu pasal lar org bising.. BAHALOL!!!

      Padam
    2. Zahid hamidi tu org anuwar. Dap sudah berjaya tewaskan bn sebenarnya. Ramai yg buta hati..

      Padam
  6. Blur betul Najib. Apa nak jadi nasib Malaysia dapat PM yang tidak tahu semua orang boleh baca kebodohannya yang tersirat. Bodoh betul.

    BalasPadam
  7. Org Johor cool aje. Sbb tu, Johor maintain. Tengok lah nanti PRU14.

    BalasPadam
  8. PRU14 orang melayu jadi mamai..memang sorak kampung tergadai..jadi lebai malang, pak pandir lagi haru jadi sang kelembai..

    BalasPadam
  9. Lantik Zahid dan Nur jazlan blh cover kes 1mdb,Pac blh di tangguhkan,blh dpt gula2 politik dan imbuhan.Kabinet baru harus bekerja keras untuk cover kes 1mdb dan dptkan sokongan akar umbi umno.Apapun kami ahli umno bkn bodoh dato sri..Setakat Mt dan ketua bhg dato blh beli,kami ahli dan rakyat je dato sri x blh beli.

    BalasPadam
  10. Apa Kesannya?www.janganjualnegara.com

    TPPA: Malaysia usah ikut telunjuk pelabur luar Antara 29 bab yang sedang dirundingkan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh Malaysia dan 11 negara lain, bab Pelaburan boleh dikatakan antara yang paling ‘mengerikan’. Ini kerana peraturan di bawah bab ini memberi kelebihan melampau kepada pelabur luar sehingga membenarkan mereka mencabar dasar sesebuah kerajaan walaupun dasar itu dibuat bagi kepentingan awam, seperti peraturan dalam sektor kesihatan atau penjagaan alam sekitar. Kita perlu belajar daripada Mexico yang telah melalui pengalaman ngeri ini daripada pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), iaitu perjanjian perdagangan bebas (FTA) hampir serupa dengan TPPA yang ditandatangani oleh negara Amerika Selatan itu, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Setakat ini, Mexico berdepan 14 kes saman bernilai berbilion ringgit daripada pelabur luar yang difailkan di bawah Bab 11 dalam NAFTA, iaitu peruntukan untuk melindungi pelabur luar dan memudahkan penyelesaian dalam pertelingkahan pelaburan. Satu contoh kes difailkan terhadap kerajaan Mexico melibatkan syarikat pengurusan sisa AS, Metalclad Corporation. Metalclad pada 1996 mengemukakan saman di tribunal NAFTA selepas kerajaan negeri San Luis Potos di Mexico enggan memberi kebenaran untuk syarikat itu membuka semula sebuah kilang pengurusan sisa selepas audit geologi menunjukkan kilang itu akan mencemarkan bekalan air penduduk tempatan. Menurut Metalclad, tindakan kerajaan Mexico itu melanggar Bab 11 dalam NAFTA dan ‘merampas keuntungan syarikat’ atau ekspropriasi. Syarikat itu menuntut AS$90 juta (RM330 juta) pampasan. Tribunal itu membuat keputusan menyebelahi Metalclad dan mengarahkan Mexico membayar pampasan AS$16.7 juta (RM61 juta). Dan kini, bab Pelaburan yang diusulkan dalam TPPA oleh AS menggunakan acuan sama seperti NAFTA, iaitu memberikan perlindungan melampau kepada pelabur luar. Kerajaan Australia pula disaman British American Tobacco (BTA, pengeluar rokok jenama Dunhill) pada 2012 kerana memperkenalkan undang-undang - berdasarkan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia - yang mengharuskan syarikat tembakau menggunakan pembungkusan biasa (plain packaging) tanpa iklan dan jenama untuk menghalang lebih ramai rakyatnya meninggal dunia akibat tabiat merokok.****Mr.where is the love******

    BalasPadam
  11. Bagaimanapun, tindakan kerajaan Australia itu dianggap BTA sebagai melanggar hak mereka di mana harta intelektual (iaitu jenama dan tanda dagangan atau ‘trademark’) mereka seolah-olah dirampas tanpa pampasan. Walaupun tewas di mahkamah Australia, syarikat gergasi itu masih meneruskan kempen untuk menghalang negara lain dari melakukan perkara sama seperti Australia. Dengan menggunakan kes ini sebagai rujukan, Philip Morris International pula memfailkan saman terhadap kerajaan Australia, bukan di mahkamah Australia, tetapi di mahkamah antarabangsa dengan menggunakan mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS). Mekanisma ini membolehkan syarikat antarabangsa mendapatkan pampasan besar dari sesebuah negara yang memperkenalkan undang-undang yang dirasakan merugikan pihaknya. Kes ini masih berjalan. Jadi, jika Malaysia menandatangani TPPA, kita juga mungkin menerima kesan sama seperti Mexico dan Australia. Dasar afirmatif seperti keistimewaan kepada Bumiputera yang diamalkan Malaysia juga boleh dipertikaikan di bawah TPPA. Selain itu, bab pelaburan yang dicadangkan AS juga memberikan pelabur asing hak untuk mencabar negara TPPA yang cuba atau telah memperkenalkan kawalan modal atau peraturan kewangan lain yang tujuannya semata-mata untuk memastikan kestabilan ekonomi kepada negara. Malaysia memperkenalkan kawalan modal selepas kegawatan ekonomi pada 1997 apabila Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari krisis kewangan itu berpunca daripada konspirasi penyangak matawang sehingga hampir meruntuhkan ekonomi negara. Di bawah TPPA, jika kita menandatangani versi yang sedang dirundingkan kini, tidak mungkin kita dapat melindungi ekonomi kita menggunakan cara sama jika ia sekali lagi diserang penyangak mata wang, sekali gus mendedahkan negara kepada manipulasi dunia kewangan yang semakin canggih hari ini. Kebimbangan terhadap perkara ini menyebabkan lebih 100 pakar ekonomi dari sekitar Asia Pasifik dalam surat pada 2012 memberi amaran kepada kerajaan masing-masing mengenai bahaya peruntukan dalam perjanjian itu terutama isu kawalan modal. Dalam bab Perkhidmatan Kewangan di bawah TPPA pula, terdapat kebimbangan yang peruntukannya akan memaksa Malaysia membenarkan kemasukan bank luar tanpa sebarang kekangan. Mengikut kertas kerja Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 2006, kehadiran bank gergasi di negara membangun akan menyebabkan penurunan dalam pinjaman kepada sektor swasta kerana bank besar lebih gemarkan syarikat multinasional dan firma besar daripada memberikan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana. Jadi akhirnya, kehadiran bank asing mempunyai akan memburukkan lagi ketidaksamaan dalam kebajikan rakyat. Bagi MTEM, bab Pelaburan ini tidak perlu ada sama sekali dalam TPPA dan jika ada pun, definisi ‘pelaburan’ itu perlu diperjelaskan, dan perlu terhad kepada sesetengah projek sahaja. Selain itu, TPPA juga tidak patut menentukan peraturan dalam aliran modal di mana-mana negara, dan kita juga perlu dibenarkan menentukan sendiri cara kerajaan melayan pelabur luar dan syarikat domestik. Peruntukan untuk layanan adil dan sama rata juga tidak perlu ada dalam TPPA. Perlu diakui pemain industri dalam negara memerlukan perlindungan kerajaan daripada diratah hidup-hidup oleh firma gergasi antarabangsa yang hanya menunggu masa untuk menerkam kita!

    Perjanjian

    ISDS

    Hakcipta

    Ubat-ubatan

    Peluang Pekerjaan

    Syarikat #www.janganjualnegara.com***mr no women no cry*****

    BalasPadam
  12. TSMY cool tidak mudah kecewa....teruskan perjuangan bersama Umno...jngn jadi mcm Geng Harapan Baru semua pemimpin yg kecewa x dpt jawatan dlm parti buat parti baru.....GHB tajaan Dapigs akan memecah belahkan org melayu pd PRU14 yg untungnya Dapigs...mat sabu sanggup jilat kaki lim guan eng krn pangkat dan duit,khaakk phutthhh!!!

    BalasPadam
  13. X payah emo sangat . reshuffel ni kan perkara biasa. Eluklah tukar orang supaya orang lain dapat rasa jadi menteri kabinet. x kan asyik orang yg sama je. Mungkin hasilnya akan lebih baik lagi.

    BalasPadam
  14. Tak pernah tengok Najib jadi imam di masjid...tak pernah tengok Rosmah pakai tudung lengkap...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping