Ahad, Ogos 02, 2015

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menafikan spekulasi mengenai tiga orang Menteri Besar akan digugurkan ekoran rombakan kabinet baru pada 28 Julai lalu.

Beliau mengesahkan bahawa ketiga - tiga Menteri Besar yang dilaporkan sebelum ini kekal dengan jawatan masing-masing dan akan terus memimpin negeri sepertimana yang ada pada masa ini.

Sambil menegaskan beliau tidak mahu mendahului Perdana Menteri, Ahmad Zahid berkata tidak akan berlaku rombakan ataupun sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan meminta supaya spekulasi mengenainya tidak lagi timbul.
"Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri di dalam perkara ini (mengumumkan kedudukan mereka) tetapi yakinlah bahawa tidak akan berlaku rombakan ataupun sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan jangan timbul spekulasi mengenainya.
"Jangan ada perasaan di dalam hati pemimpin berkenaan untuk rasa mereka akan diketepikan," katanya.
Ujarnya, pendirian Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan dan Presiden UMNO adalah jelas bahawa yang penting adalah dokongan daripada semua pihak dan ianya tidak harus terkait dengan sebarang keputusan  dalam rombakan kabinet yang lalu kerana ianya membabitkan rombakan di peringkat Nasional.

Beliau mengingatkan kepada semua pemimpin UMNO pelbagai peringkat untuk terus setia dan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri dan mereka tidak seharusnya bimbang akan kedudukan mereka.

Ahmad Zahid ditemui selepas menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Wisma UMNO Hutan Melintang, pada petang Sabtu. Mesyuarat dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Hanya pemimpin umno yg perlu taat pada president..kami rakyat jelata macam mana? Adakah aku pengkhianat pada najib..atau najib menderhaka melanggar sumpah pada ku.

    BalasPadam
  2. Elok ko ganti Najib. ...mungkin negara lebih makmur. ..dan brim ko naikkan 100,000 ringgit satu famili setahun..esok boleh tak?

    BalasPadam
  3. Hahahaha...kelakau abis kou punya komen Ted manoff....mcm ni la anok jate....syabasss!!!

    BalasPadam
  4. Mesyuarat Perwakilan UMNO di Perak ... Perasmian di buat oleh MB Pahang...???
    Zambry Kadir kat mana..?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping