Isnin, November 30, 2015

Wah!!! Inilah yang orang kata, matlamat menghalalkan cara. Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Wan Azizah ni memang nampak sangat dia terdesak nak menegakkan benang basah anak dia.

Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu adalah sesuatu yang tidak wajar. Ternyata dia tidak sensitif terhadap sentimen rakyat yang terkesan dengan pencerobohan di Lahad Datu tu.

Walaubagaimana pun, alasan yang diberikan oleh Si Wan Azizah untuk membela anak kesayangan dia tu juga boleh dianggap dangkal dan dilihat seolah - olah cuba nak memperbodohkan rakyat.

Kata Si Wan Azizah, isu berkaitan dengan Si Nurul Izzah tu isu kecil yang tak perlu untuk diperbesar - besarkan. Bahkan, Si Wan Azizah tu juga mendakwa anak dia menjadi 'Mangsa Buli'.
"Itu semestinya (serangan peribadi) dan ia adalah perkara kecil dan Izzah bukan penganjur majlis itu. Malahan mereka juga memberi publisiti kepada Izzah," katanya ketika ditemui media selepas memberi Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan ke-11 di sini, hari ini.
Persoalannya, apa tujuan Si Nurul Izzah tu pergi berjumpa dengan pihak yang turut dihadiri oleh Si Puteri Kiram tu? Adakah ianya untuk kebajikan rakyat atau sekadar menjaga kepentingan peribadi?

Si Nurul Izzah tu pergi berjumpa dengan pihak yang turut disertai oleh Si Puteri Kiram tu adalah untuk meraih sokongan Simpati Murahan bagi membebaskan Si Peliwat tu dari penjara.

Maka sudah pasti ianya bersifat peribadi dan bukannya untuk menjaga kepentingan rakyat. Dan tambah memeranjatkan, Si Nurul Izzah tu sanggup bersekongkol dengan musuh Negara.

Bayangkan. Jika sekarang diorang sanggup berjumpa dengan pihak musuh yang sebelum ini telah mencemar kedaulatan Negara demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri, macam mana pulak jika mereka dapat kuasa nanti? Bertambah jahanam la jawabnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping