Sabtu, Mei 28, 2016

PAS bertegas tidak akan berunding dengan Pakatan Harapan bagi memberi laluan kepada mereka meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan pembangkang yang menyertai pakatan itu memandangkan selama ini PAS banyak berkorban untuk menyelamatkan reputasi pakatan pembangkang.
“Kalau nak suruh PAS bekerja bagi pihak dia, PAS memang tidak boleh terima lagi sebab banyak kawasan yang kita lepaskan kepada mereka sebelum ini yang tidak diambil peduli, hanya orang PAS yang buat kerja untuk mereka.
“Mereka (pembangkang) hanya datang waktu pilihan raya, sudah berapa banyak pilihan raya orang PAS yang kerja kuat sebab mereka bekerja sepanjang masa,” katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat.
Katanya, beliau yakin PAS boleh memenangi kedua-dua kerusi berkenaan tanpa sokongan pakatan itu memandangkan PAS sudah bertapak lama di dua-dua kawasan berkenaan dan rekod pilihan raya sebelum ini PAS berjaya meningkatkan majoriti undi walaupun gagal merebut dua kerusi Parlimen itu.

Sementara itu, satu sumber dalaman PKR memberitahu kepada portal Berita Daily bahawa PKR akan menarik diri dan memberi laluan kepada calon PAN bertanding di PRK Sungai Besar.
“Kami telahpun mendapat arahan supaya bersiap sedia menghadapi PRK, bekerjasama dengan Amanah. Ya. Kami diberitahu bahawa pucuk pimpinan parti akan bantu Amanah pada PRK kali ini. Dan kami akan turun ke kedua-dua kawasan parlimen itu untuk berkempen bagi pihak Amanah,” kata sumber yang enggan mendedahkan namanya kepada Berita Daily.
Jelasnya lagi, perbincangan dengan PAS tidak berjaya selepas parti Islam itu berkeras untuk mencalonkan wakil pembangkang dari kalangan parti itu.

Ketika ditanya mengapa PKR tidak bertanding di Sungai Besar, sumber tersebut berkata bahawa PKR sedia memberi ruang kepada Amanah demi semangat muafakat.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping