Heh! Tak sangka. Ingatkan sorang je yang jadi mangsa peras ugut Kawan Baik Si Rafizi ni. Rupanya ramai lagi yang pernah menjadi mangsa dia. Maknanya ini bukan kali pertama dia buat kerja Haramjadah tu.
Disebalik kelantangan dia membuat ugutan nak dedahkan mengenai penyelewengan pihak berkuasa PDRM sebelum ini, rupanya dia sendiri yang terlibat dalam aktiviti kerja Haramjadah ni.
Dari laporan yang disiarkan hari ini, katanya ada lagi tiga orang mangsa telah tampil membuat aduan kepada pihak Polis kerana menjadi mangsa peras ugut Kawan Baik Si Rafizi ni.
Tiga lagi individu tampil membuat pengakuan mereka telah menjadi mangsa peras ugut oleh Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Ampang hari ini, Khalid berkata tiga individu itu telah mendekati pihak Polis selepas berita mengenai penangkapan Sanjeevan disiarkan dalam media.
"Selepas tangkapan, ada tiga orang tampil membuat laporan mendakwa mereka diugut individu sama. Siapa mereka (yang membuat laporan itu), saya tak mahu komen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS): Go To Safety Points bersama PETRONAS di stesen minyak PETRONAS Jalan Kolam Air, di sini, sebentar tadi.
Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kira-kira jam 10.50 malam Rabu lalu, Sanjeevan ditahan di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan, bersama wang tunai berjumlah RM25,000, dipercayai diserahkan mangsa sebelum serbuan dilakukan.
Selain itu, wang tunai RM16,000 dalam kereta Toyota Vellfire dinaiki suspek turut dirampas. Turut ditahan, seorang lelaki warga India dipercayai pemandu suspek.
Suspek dan pemandunya ditahan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 kanun sama serta direman dua hari berakhir hari ini.
Ini baru betul orang kata "Musang Berbulu Ayam". Kita ingatkan ye la dia ni seorang pejuang yang nak membenteras kegiatan maksiat, perjudian dan kongsi gelap di Malaysia. Rupanya, dia sendiri pun Bapak Gengster yang peras ugut gengster!!!
cakap tak serupa bikin la....
BalasPadamKalau nama pun dah Parti KENCING Rakyat...apa yang nak terkejut! Menipu, menghasut, memfitnah,menyangak...sudah jadi kepakaran Parti Kencing Rakyat
BalasPadamAku dah lama agak dah dia ni bapak gangster yg konon2nya kemewahan dia hasil drp bisness kt luar negara. Senang sangat orang kita nak percaya dengan alasan penyangak ...sama la juga dengan alasan bapak penyangak nomore uno Malaya!!!
BalasPadamSatu lagi....macamana penyangak ni yang umur masih muda,apa jenis sumbangan kepada rakyat pun kita tak tahu tapi dah dapat title "Datuk". Bahlol mana yang recommended ni.
BalasPadam