Heh! Herankan? Entah sejak bila pulak puak PKR ni ambik berat tentang aduan dari kalangan rakyat yang berada dibawah? Kalau diorang peduli, itu satu perkara yang memeranjatkan.
Soal sama ada kepimpinan PKR tu ambik peduli atau pun tidak terhadap aduan yang diajukan kepada mereka sepatutnya tidak menjadi persoalan sebab dah lama diorang pratikkannya.
Sedangkan sebelum ini, aduan dan juga laporan dari kalangan ahli sendiri terhadap kepincangan serta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin pun diorang tak ambik peduli.
Cuba kita tengok rekod mereka sewaktu pemilihan parti yang lalu. Berratus - ratus aduan dan laporan yang dibuat. Tapi, takde satu pun yang diambil tindakan oleh pucuk pimpinan parti.
Sebaliknya, mereka hanya men-TONG-SAMPAH-kan semua aduan serta laporan yang telah dibuat oleh ahli diperingkat akar umbi parti mereka sendiri dengan memberikan pelbagai jenis alasan.
Jadi, apa yang nak heran sangat kalau ada dikalangan rakyat yang bagi mereka hanya sekadar berstatus "Kerani" membuat desakan agar satu bentuk siasatan dijalankan secara terbuka?
Desakan bagi mengadakan siasatan itu merujuk kepada isu Paya Indah Wetland yang sebelum ini menjadi isu hangat dikalangan rakyat terhadap pentadbiran Rejim Pakatan Selangor.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan, wakil dari pihak Rejim pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu kata bahawa pihaknya tidak ambil peduli aduan dari pengadu yang tiada kredibiliti.
"Siapa Abdul Razak ni? Dia mewakili siapa? NGO? Persatuan penduduk ke? (Atau) kepentingan awam ke? Kalau tak silap usul ni dibawa secara individu.
"Kalau tengok dari segi etika, (cara) itu tak betul dan perkara itu bukan dalam bidang kuasa dia (Razak). Dia bukan bersama (dengan kerajaan negeri) buat keputusan tu.
"Lagi pula dia pegawai yang tak ada kena mengena dengan keputusan tu, dia (Razak) cuma kerani di pejabat (Datuk Teng)," katanya kepada Antarapos.
Dalam erti kata mudahnya, hanya kerana jawatan pengadu itu hanya berstatus seorang Kerani, maka dia hilang kelayakan untuk membuat sebarang aduan terhadap kepincangan yang berlaku.
Mungkin bagi wakil Rejim Pakatan Selangor tu, seorang Kerani tidak layak untuk membuat aduan sedemikian kerana dia tidak mempunyai sebarang Kredibiliti sebab seorang Kerani itu tidak dianggap sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap Kerajaan!!!
Jika seorang rakyat "biasa" yang membuat aduan dipinggirkan...... adakah Pakatan Rakyat nie untuk rakyat "luar biasa" je ker??
BalasPadam