Jumaat, September 30, 2016

Heh! Wayang apa yang nak ditonjolkan oleh Timbalan Presiden PAS ni sebenarnya? Kenapa dia takut sangat nak meluahkan perasaan kecewa yang terpendam dalam lubuk hati dia sendiri?

Jika kita baca dari satu sudut, memang nampak jelas kenyataan Si Pak Berahim ni menunjukkan bahawa dia dah mula muak dengan tuduhan liar yang sering dilemparkan kepada PAS.

Dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini, seorang pemimpin kanan PKR membuat pengakuan secara terbuka dengan mendakwa parti itu kerap kali menjadi mangsa Penghianatan PAS.

Dakwaan pemimpin kanan PKR itu dibuat dihadapan para penyokong parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu dalam satu majlis sambutan sempena setahun kewujudan parti tersebut.

Mungkin atas sebab itu Si Pak Berahim ni pun mula hilang akal dan meluahkan rasa kecewanya terhadap dakwaan yang dilemparkan oleh pemimpin kanan PKR itu secara tidak lansung.

Dalam nada menyindir, Si Pak Berahim tu mendakwa wujudnya sebuah parti Politik lama yang mahu menjalinkan kerjasama dengan mereka hanya semata - mata untuk dijadikan kuda tunggangan.
“Terdapat parti sekutu ini yang mengerahkan semua calon mereka tetapi jentera parti langsung tidak kelihatan. Lebih buruk lagi, parti itu menyuruh kami sendiri memasang semua poster calon dan bendera parti mereka di kawasan PAS.
“Kami tidak kisah jika parti itu baru berusia setahun atau dua tahun tetapi parti berkenaan sudah lama dan hanya muncul ketika pilihan raya,” ujar beliau.
Malah Si Pak Berahim tu juga turut merasa hairan apabila parti yang dimaksudkan itu mendesak agar PAS bersetuju dengan mereka tetapi dalam masa yang sama dok sibuk menjaja fitnah terhadap PAS.
“PAS dijadikan “punching-bag” (karung tinju), kami diserang dengan segala penipuan yang mendakwa kami akan bekerjasama dengan UMNO dan kami adalah “dedak” daripada UMNO. Ketika kami diasak sebegitu, mereka masih berharap untuk bekerjasama dengan kami. Sungguh menghairankan,” katanya.
Tapi yang buat kita rasa hairan, kenapa Si Pak Berahim tu takut sangat nak sebut nama parti yang dimaksudkan itu? Kenapa dia masih nak sembunyikan perkara yang memang sudah diketahui umum?

Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Pak Berahim itu bukan sahaja mencerminkan kekecewaan yang dirasainya pada ketika ini. Tapi dia terpaksa main 'Wayang' supaya dapat menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping