Rabu, Disember 07, 2016

Hehehe!!! Nampak gayanya giliran PAS pulak tunjuk taring dan memberikan 'Kata Dua' kepada PPBM selepas Pengerusi parti itu tampil memberikan pilihan kepada mereka sebelum ini sama ada mahu bersama Pakatan atau terus bersendirian.

PAS dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya hari ini tampil memberikan pilihan kepada PPBM sama ada parti itu mahu bersama dengan PAS ataupun memilih untuk kekal menjalinkan kerjasama dengan PAN dan juga DAPigs.

Tegas Setiausaha Agung PAS itu, PPBM tidak boleh mengadakan sebarang hubungan Politik dengan PAN dan DAPigs sekiranya mereka mahu menjalinkan bekerjasama dengan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Jelas Takiyuddin, syarat berkaitan dengan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada kepimpinan PPBM dalam satu pertemuan sulit yang diadakan sebelum ini dan kemungkinan besar menjadi punca Presiden PPBM menangguhkan perjanjian dengan Pakatan.
“Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu. Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.
“Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
“Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada. Tapi jika mereka masih mahu bersama Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, itu maknanya mereka berada dalam keadaan yang kita tidak boleh terima. Bersatu sendiri perlu membuat keputusan dalam hal ini,” katanya.
Jika sebelum ini, PAS telah ditendang keluar dari Pakatan oleh DAPigs sebelum membentuk Pakatan lain bersama - sama dengan PKR dan PAN dan menganggap PAS sebagai sebuah parti 'Pengkhianat' kerana enggan menurut kata mereka.

PAS juga turut dimomok serta dilabelkan sebagai 'Musuh Utama' kepada DAPigs dan PAN yang kerap kali dijadikan sasaran setiap kali pimpinan kedua - dua parti itu mengadakan sebarang perhimpunan mahupun diatas pentas ceramah Politik mereka.

Dan pada ketika ini, kecenderungan PAS menerima PPBM hanya berdasarkan kepada penampilan Presiden PPBM sahaja yang pernah tampil bersama - sama kepimpinan parti itu diatas satu pentas ceramah yang sama sebelum ini.

Namun, tindakan Presiden PPBM itu jelas bertentangan dengan pendirian yang ditonjolkan oleh Pengerusi PPBM yang dilihat enggan tunduk kepada kehendak serta kemahuan PAS yang tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan DAPigs dan PAN.

Pokok pangkal ceritanya, dalam PPBM itu sahaja sudah wujud dua kelompok kumpulan yang bertentangan diantara satu dengan yang lain. Sama juga dengan PKR yang berpecah belah mahukan sokongan dari PAS kerana mereka percaya, tanpa PAS, Pakatan Haprak tu memang tak mampu nak menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping