Selasa, Disember 06, 2016

Heh! Kalau sekali baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Sipudin ni, nampak sangat dia ni sekadar nak "Pukul Anak Sindir Menantu" apabila dia mendakwa yang rakyat tidak memerlukan lagi seorang anak bekas Perdana Menteri menjadi PM.

Kenyataan Sipudin tu dikeluarkan sewaktu bercakap dalam satu forum Pakatan yang diadakan di Bayan Lepas pada hujung minggu lalu dengan mendakwa Negara tidak sepatutnya diketuai oleh anak kepada seorang bekas Perdana Menteri.

Alasan yang diberikan oleh Sipudin, perkara itu wajar dilakukan memandangkan kecenderungan pemimpin yang juga merupakan anak kepada bekas Perdana menteri itu kurang mendapat sentuhan dengan kesusahan yang dihadapi rakyat biasa.
“Realitinya, mereka tidak tahu bagaimana rasanya. Jika mereka benar-benar tahu rasanya, mereka tidak akan kata fasal ‘harga ayam murah’ dan ‘jika sayur mahal, belilah kangkung’.
“Dan ia datang daripada seorang PM yang ambil berat tentang rakyatnya. Itu sebabnya saya kata, cukup-cukuplah ada PM yang anak kepada seorang PM lain. Cukuplah.
“Kita mahu seorang PM dan pemimpin Melayu yang tahu apa rasanya hidup susah, bukannya hanya setakat kata ‘Saya rasa saya tahu’,” katanya.
Sipudin tu juga turut mendakwa kononnya dalam Pakatan, mereka mempunyai pemimpin yang mampu memberikan khidmat sebagai perdana menteri, dan mereka bukan terdiri dari kalangan anak kepada bekas Perdana Menteri.

Tapi Sipuddin tu terlupa yang dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu ada anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga tidak pernah merasa susah hidup menjadi rakyat biasa. Sebaliknya ditatang bagai minyak yang penuh.

Bahkan mungkin Sipudin tu juga turut terlupa bahawa dikalangan puak pembangkang tu kini juga ada seorang anak bekas Perdana Menteri yang juga menjadi Timbalan Presiden PPBM selepas dia digugurkan keahliannya daripada UMNO.

Jika sebelum ini, desas desus dan khabar angin kuat menyatakan bahawa anak kepada bekas Perdana Menteri itu juga turut melobi jawatan tersebut yang menjadi diantara punca mengapa bekas Perdana Menteri itu marah sangat kepada Datuk Seri Najib.

Maka kemungkinan kenyataan yang dibuat oleh Sipudin tu juga turut ditujukan kepada anak kepada bekas Perdana Menteri itu juga yang dalam erti kata mudahnya Tidak Layak untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dimasa akan datang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping