Ahad, Mac 26, 2017

Heh! Nampak gayanya, geram puak PAS terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin tu sebelum ini masih belum reda. Masih ramai lagi yang bengkak dengan tindakan Si Menteri Besar Selangor tu.

Walaupun sebelum ini, Si Azmin tu menunjukkan wajah cuak dia apabila semakin ramai pemimpin PAS yang mengecam tindakan biadap yang dilakukan dilaman twitter, tapi itu tidak meredakan keadaan.

Hakikatnya, kenyataan Azmin yang menyindir salah seorang pemimin PAS dengan gelaran "Tok Lebai" sebelum ini masih lagi meninggalkan kesan luka yang tidak dapat dilupakan oleh pengikut parti itu.

Maka sebab itu kita dapat lihat Dewan Muslimat PAS Selangor menganggap Si Azmin tu ibarat macam 'Kacang Lupakan Kulit' dan tidak boleh dijadikan sebagai 'Kawan' kepada PAS.
“Orang yang lupa daratan tidak boleh dijadikan kawan. Sekali lagi Muslimat PAS Selangor memberi peringatan kepada Datuk Seri Azmin supaya jangan mencabar kesabaran kami dan jangan merasa terlalu selesa dengan kedudukan sekarang.
“Muslimat PAS Selangor menyifatkan DS Azmin umpama kacang lupakan kulit dan tidak tahu menilai erti persahabatan sejati,” katanya.
Namun realitinya, bukan setakat Si Azmin tu sorang je yang ibarat macam Kacang Lupakan Kulit. Hampir semua pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu sama seperti perumpamaan yang diberikan.

Rata - rata pemimpin Pakatan Haprak tu sebelum ini banyak kali telah mempergunakan PAS untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Maka termasuk la dengan PKR.

Waima DAPigs dan PAN sekali pun, mereka banyak bergantung harap kepada jentera PAS diperingkat akar umbi. Perkara itu memang suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan secara terbuka.

Realitinya, PAS merupakan pemain utama dikalangan puak Pakatan tu sebelum ini. Tapi dek kerana sifat Lupa Diri dikalangan puak Pakatan Haprak tu membuatkan PAS tersingkir dari kalangan mereka.

Maka, untuk mengatakan bahawa hanya Si Azmin tu sahaja yang sama seperti Kacang Lupakan Kulit adalah tidak wajar sama sekali. Sebaliknya, semua kepimpinan Pakatan Haprak termasuk PKR, DAPigs dan PAN tu pun jenis pemimpin yang mudah Lupa Daratan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping